Pengerusi Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad (BR2.0), Datuk Dr. Hj Abd Rani Lebai Jaafar dan Setiausha, Encik Abdul Samad menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri jemputan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) bertempat di Dewan Sivik, MBPJ, Petaling Jaya, Selangor.
Jamuan raya turut dihadiri mantan Perdana Menteri Malaysia ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaacob. Pengerusi BR2.0 sempat beramah mesra dengan beliau dan menceritakan sedikit sebanyak tentang tujuan serta aktiviti-aktitviti yang sedang dijalankan oleh BR2.0.