BR2.0 Santuni Anak Yatim At-Taqwa

  1. Home
  2. »
  3. Uncategorized
  4. »
  5. Kunjungan Hormat KOPETRO ke Pejabat BR2.0

BR2.0 Santuni Anak Yatim At-Taqwa | 3 Jun 2024 Seramai lapan orang anak yatim dari Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana, Puchong diraikan di kediaman Dato’ Syed Abdul Aziz bin Syed Hassan, Bendahari Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad. Setiausaha, Encik Abd Samad bin Khalid dan Ketua Perancangan Perniagaan, Encik Lukman bin Mahmood turut bersama menyantuni anak-anak tersebut. Anak-anak yang diraikan ceria dapat bermain, mandi-manda dan menerima sampul pemberian Dato’ Syed Abdul Aziz. BR2.0 berharap aktiviti di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sebegini dapat dilaksanakan dengan lebih kerap pada masa akan datang.