Aktiviti

  1. Home
  2. »
  3. Aktiviti
  4. »
  5. Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Kali Ke-1

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Kali Ke-1

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Kali Ke-1 | 10 Disember 2024 Putrajaya, 10 Disember 2024 — Seramai 20 anggota perwakilan Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad (BR2.0) telah menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Kali ke-1 bertempat di Hotel Marina, Putrajaya. Majlis MAPT ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Datuk Dr. Haji Abd Rani bin Lebai Jaafar, Pengerusi BR2.0 sebelum perasmian majlis disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Fadilah bin Salim, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) cawangan Wilayah Persekutuan. Tuan Haji Fadilah dalam ucapannya berharap agar seluruh perwakilan dan anggota BR2.0 dapat terus menyokong dan meletakkan kepercayaan yang jitu kepada Anggota Lembaga Koperasi BR2.0 untuk membawa BR2.0 ke tahap yang lebih tinggi dan selesa. Dalam majlis yang sama, koperasi turut berkesempatan menyerahkan dokumen kolaborasi strategik kepada wakil-wakil syarikat yang berpotensi tinggi menjalankan kerjasama perniagaan bersama BR2.0. BR2.0 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir ke majlis MAPT dan berharap BR2.0 akan lebih maju sekaligus memberikan banyak manfaat kepada anggota-anggotanya.

Artikel Berkaitan

Aktiviti Terkini