GLOBALISASI
BR2.0 menyasarkan untuk menubuhkan sebuah NGO yang memberi tumpuan kepada menyokong globalisasi dalam peluang pekerjaan.
Sebagai langkah untuk meringankan kesusahan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara, BR2.0 merancang untuk menubuhkan Kompleks Komuniti Malaysia di negara terpilih untuk membolehkan ekspatriat Malaysia berasa lebih selesa sepanjang pengalaman mereka bekerja di luar tanah air.
Melalui usaha ini, lebih ramai rakyat Malaysia akan menerima peluang pekerjaan di luar negara dan kembali dengan pengalaman yang lebih kompetitif yang seterusnya boleh memberi manfaat kepada negara.
KANAK-KANAK BEKEPERLUAN KHAS
NGO Kanak-Kanak Berkeperluan Khas akan ditubuhkan oleh BR2.0 sebagai usaha untuk melindungi kesejahteraan dan kelangsungan hidup mereka.
Sebahagian daripada usaha itu termasuk menyediakan pendidikan dan latihan vokasional di samping menggalakkan peluang pekerjaan untuk mereka.
NGO tersebut juga akan menubuhkan ‘Sheltered Workshop’ yang akan menyediakan peluang pekerjaan dengan kerjasama GLC dan syarikat lain di mana pendapatan yang diperoleh akan diagihkan kepada semua pekerja berkeperluan khas.
Semua kos yang berkaitan dengan membina pusat, menyediakan kemudahan latihan, penyelenggaraan dan penginapan akan ditanggung oleh BR2.0 dan syarikat lain.